Monday, 16 January 2017

Nasihat dari Siok

  Tadi masa google sedikit sebanyak tentang  sejarah Athens,banyak dia sebut tentang Aristotle,Socrates dan banyak lagi ahli ahli falsafah yang lain.Banyak artikel yang aku baca ada menyebut 'BC' dan aku tahu ia bermaksud BEFORE CENTURY  dan aku tahu sedikit sebanyak tentang istilah itu,bagaimana dan bila ia bermula dan sedikit sejarahnya.

 Jadi aku jadi tertanya tanya dan akal aku mengaitkan dengan sirah baginda Nabi Muhammad SAW.Tapi pengetahuan aku tentang istilah BC tidak cukup untuk  memuaskan fikiran aku jadi aku pergi ke bilik Siok dan tanya dia.Siok ni bagi aku antara figura yang aku idola jugak la walaupun kadang kadang dia  suka membongak dan bagi aku Siok ni antara kawan aku yang paling sesuai untuk dibuat contoh kerana dia hampir perfect dalam setiap bidang.

 Jadi,duk bincang dengan Siok pasal benda ni,Siok pun banyak  la bagitahu pasal benda ni berkaitan dengan sirah Nabi Isa ,Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW sekali.Dan paling menjentik hati Siok bagitau tentang kaitan Hari Kiamat dengan sedikit ungkapan dari ulama ulama terkenal,tentang dajal,Imam Mahdi dan banyak lagi.

  Banyak jugak la benda yang aku dapat malam ni daripada Siok.Siok pesan la suruh selalu baca Surah Al Kahfi,jaga betul betul solat dan banyak lagi.

Esok aku exam forensic bai.Doakan.

1 comment:

  1. i hope one day you can be a great writer.. who can inspire people like me.. love.. Malaysia..

    ReplyDelete