Tuesday, 13 December 2016

Deep

  Baru baru ni aku pindah bilik sebab bilik aku ada ustaz sekolah lama aku tumpang sebulan.So bila pindah bilik ni,aku dah tak sebilik dengan Tokey,dan roommate baru aku aku ni budak tarikat.

  Satu hari ni,aku baru je siap settlekan kerja program, aku tengok bilik yang aku tumpang ni sedikit 'berkubang' disebabkan barang barang senior yang diorang tinggal.Aku tengok roommate aku tu tengah bersandar santai kat kepala katil jadi aku ajak la dia kemas bilik.

     "Jat,jom kemas bilik."
"boleh,kejap ea,nak habiskan makan ubat."

Dia senyum membalas.

  Aku perhatikan dia atas bawah,wajahnya masih lagi senyum tenang .

Wajah okay, tak pucat.resah pun tak.

      "sakit apa dia ni,okay je",hatiku berkata sendiri.

Untuk,menghilangkan rasa ingin tahu,aku tanya dia,

        "kau sakit apa Jat ?"
"takde ah,tak sakit pape."
        "habistu  kau makan ubat apa?"

Dia diam lama .

"ini ubatnya."

Sambil tersenyum  perlahan lahan dia keluarkan tangan dia dan tunjukkan seutas tasbih kayu kokka yang hampir haus.

''nice."

Sepatah aku menjawab malu dengan diri sendiri.

"Jat, jom solat zuhur sekali." 

Sebagai hero  aku tak nak bagi nampak cikai,so aku ajak dia solat zuhur sekali.Nak bagi nampak aku ni baik sikit.

"maaf min,ana dah solat kat masjid bawah."

Ok nice lagi.
      








Friday, 21 October 2016

Lebuhraya PLUS

Naim Neo Awie Anas .
terima kasih.
biarlah lebuhraya itu saksi betapa mulianya hati korang.
tak terucap dengan kata kata betapa terharunya aku.

Muhammad Amin Bin Zahari
Lebuhraya PLUS.
Tayar Pecah.

Wednesday, 13 July 2016

Terima Kasih Kalian

Alhamdulillah .Alhamdulillah.Alhamdulillah


Setinggi tinggi terima kasih kepada Mak dan Ayah yang sentiasa tidak pernah lelah memberi kata kata semangat dan yakin yang anaknya mampu meskipun anaknya sendiri ragu.

Kepada Kak Ain yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan tips pengajian,tidak lupa kepada Alia dan adik beradik yang lain yang abang amin tahu yang korang semua sentiasa mendoakan abang amin disini.Terima kasih juga untuk kalian.

Terima kasih kepada semua kawan kawan yang ajar aku, yang mesej ucap selamat,bagi semangat dan yang mendoakan kejayaan hamba disini ,dan beberapa sahabat yang selalu membuat aku cuak (amirullah dan munzir).

Dan terima kasih juga kepada beberapa individu yang hadir dalam hidup aku pada tahun ini yang bukan hanya hadir sebagai kenalan tetapi teman seumur hidup.

Banyak benda berlaku tahun ni,banyak juga peristiwa yang mengajar erti hidup .

haha.tak tahu la macammana nak luahkan perasaan ni.harapnya ini bukan mimpi.good luck juga untuk teman teman yang akan exam bulan ogos nanti.


Salam Perantauan dan Selamat Hari Raya


Saturday, 11 June 2016

Syhakir & the lost of the sorrowfulness

I am happy seeing him smile again .xoxo
Hopefully,that smile will last forever this time.
Jangan sedih kawan,aku ada.

Friday, 13 May 2016

Sedih Antara Benua

Sepasang anak mata itu berkaca,
menahan jatuh tangis mutiara,
bengkak kelopak menanggung,
sebak dada tersinggung.

namun ,
air mata itu jatuh jua,
daripada titik menjadi sendu,
tak tertanggung dia seorang menampung,

Jangan dikesat air mata itu
biarkan ia mengalir
dengan harapan mengalirnya juga duka.

tapi jauh disini juga ada aku yang sama berduka,
mana mungkin pedih itu kamu saja yang rasa.
kongsilah duka itu seperti janji kita
sedih suka kita bersama.

Sabarlah jiwa,
sampai sudah masanya,
air mata itu perlu diseka,
kerana aku tahu yang engkau tahu,
Allah itu sentiasa ada.










Saturday, 6 February 2016

Sweet 21 For Tokey

 Hello for all and salam barakah.It was a blessed because I got a point to be here again and the point sources are from my lucky cheeky trendy Tokey.

    Yesterday was 21st birthday for well-known from musyrif crazy to akhi musyrif sejati as we know as Tokey .Keeping and staying up together sinced form 3 makes me know him better than anyone else.The thing is how I am adoring him in keeping Istaqamah in PERUBATAN and countless night and hours he spent in 'musyrifing' akhawat PCA in order to keep them safe from barbarian egyptian.

   Unluckily just a couple hours ago only we got to celebrate his birthday for first time since 3 years here because the past 2 years I was exactly not in Cairo on every 5 Feb for some reason.

 Actually I can't really find words that are strong enough to express how grateful I am for all the thing you have done for me throughout the years .(cringe).But it's true.And one thing I am extremely sure that whoever akhawat who will complete your life then is a lucky girl.Barai la,baru jah berhenti menulis sakit perut,habis hilang ayat ayat sweet yang aku nok tulis,takpo la key as long as you know that all you have to do is to say the words and I 'll   always be there ready to lend my hands anytime.

 And I wish you all good luck,get a right girl soon because I already got mine.Hehe.And stay as you are because I know who you were.Biarlah ore nok oyak gapo pun,asal Allah tahu.
Ya Allah jadikanlah sahabatku ini,

anak soleh
good doctor
best and crazy friend
musyrif katang
dan
khalifah yang benar benar menegakkan syiar.

sekali lagi terima kasih tokey dan tolong bayar semula duit makan tadi dan Kopi Mocha Zalat sebab aku takdop duit lagi lo ni.walaupun birthday mung,jange ingat aku belanjo deh,,


#semanis manis ukhuwwah ialah bila kawan belanja masa kita pokai

Cairo
7/2/2026,0709H