Thursday, 21 September 2017

Update : Please Don't Give Up

Sambil nangis dia  cakap dia rindu  boyfriend dia.Takpe takdehal.Aku ni kan tempat bersandar masa kau sedih je. 

Luluh hati aku dia bukan dia tahu.haha.

Dia risau yang exam dia dah dekat sangat dan dia tengah cuba untuk rileks tapi tak dapat.

Air mata tak berhenti keluar sebab dia risau dia akan kecewakan ibu ayah dia,boyfriend dia.

Sekali lagi aku bereh takde hal.Tak nak kecewakan boyfriend konon.Puii.

Entahlah,walaupun aku tahu kau dah ada someone dalam hati kau,ikhlas dalam lubuk hati aku,tetap mendoakan yang kau akan selalu dipermudahkan urusan oleh Allah,dikuat kan jiwa,diberikan keputusan yang baik inshaAllah.Aku tak suka la tengok kau sedih.

Dan aku nak kau tahu,yang bukan kau seorang sahaja yang diuji,semua manusia itu diuji,cuma ujian keatas setiap orang itu berbeza.Jadi kau jangan overthink sangat. Medik tak susah sangat pun.Okay gurau,memang medik susah tapi kau kan dah half-way done,mesti dapat punya.

Dah dah,lap air mata tu,buka buku dan study.Mesti boleh punya.Jangan mengalah.

By the time kau sampai Kelantan nanti,maybe aku dah kat Egypt.So jaga diri elok elok.

Jangan selalu senyum sangat kat Kelantan,nanti kena diabetes pulak.

Inshaallah,Allah mudahkan urusan kau. 


Monday, 16 January 2017

Nasihat dari Siok

  Tadi masa google sedikit sebanyak tentang  sejarah Athens,banyak dia sebut tentang Aristotle,Socrates dan banyak lagi ahli ahli falsafah yang lain.Banyak artikel yang aku baca ada menyebut 'BC' dan aku tahu ia bermaksud BEFORE CENTURY  dan aku tahu sedikit sebanyak tentang istilah itu,bagaimana dan bila ia bermula dan sedikit sejarahnya.

 Jadi aku jadi tertanya tanya dan akal aku mengaitkan dengan sirah baginda Nabi Muhammad SAW.Tapi pengetahuan aku tentang istilah BC tidak cukup untuk  memuaskan fikiran aku jadi aku pergi ke bilik Siok dan tanya dia.Siok ni bagi aku antara figura yang aku idola jugak la walaupun kadang kadang dia  suka membongak dan bagi aku Siok ni antara kawan aku yang paling sesuai untuk dibuat contoh kerana dia hampir perfect dalam setiap bidang.

 Jadi,duk bincang dengan Siok pasal benda ni,Siok pun banyak  la bagitahu pasal benda ni berkaitan dengan sirah Nabi Isa ,Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW sekali.Dan paling menjentik hati Siok bagitau tentang kaitan Hari Kiamat dengan sedikit ungkapan dari ulama ulama terkenal,tentang dajal,Imam Mahdi dan banyak lagi.

  Banyak jugak la benda yang aku dapat malam ni daripada Siok.Siok pesan la suruh selalu baca Surah Al Kahfi,jaga betul betul solat dan banyak lagi.

Esok aku exam forensic bai.Doakan.