Saturday, 1 September 2018

Semusim Ibadah

Aku perasan  housemate aku,Ammar Taha  banyak berubah  sejak 2-3 minggu lepas.Solat selalu di masjid. Baca Quran tak pernah tinggal sehari pun.Tahajud semakin kerap.Kali ni ,sujudnya lebih lama daripada kebiasaan.‬

‪Usai beliau solat tahajud,aku bertanya;

‪“Akhi Ammar ana tengok anta banyak berubah 2-3 minggu ni,kenapa ea?”‬

‪Dengan tenang dia menjawab,‬

‪“Jadual final exam dah keluar min.”‬

#ibadahsemusim
#5thyearmedicalstudent
#Poncattt
#Doakansaya

P/S : Sepanjang tempoh study week dan exam yang mungkin mengambil masa 2 bulan,emosi pelajar medik di Universiti Al-Azhar ,Ain Shams atau uni lain yang menggunakan sistem konvensional akan jadi fragile gila.So janganlah bergurau dengan mereka waktu waktu macamtu.