Thursday, 20 August 2015

Brothers

Sedang asyik aku melayan facebook,terperasan satu komen dari adik aku.

Eh ,adik aku dah ada fb .Reaksi pertama aku.

Jadi,aku stalk la adik aku.
Satu benda yang bertahun-tahun aku tak perasan dengan mata aku sendiri tentang adik adik aku tetapi aku perasan bila tengok fb dia.

They're growing up.

Ya , mereka sedang membesar,dari zaman kanak kanak sekarang dah masuk zaman remaja.Even his circle of friends changed.Kalau dulu kawan kawan dia semua budak kampung yang hanya pandai main belaga ikan sepila atau guli dan sebagainya,but not this time around .

Time flies so fast.

Ingat dulu ,kalau balik asrama ,both of them akan rasa jengkel dengan aku sebab once I got back home,its mean all things were under my control.

All things.

Komputer,handphone mak, remote tv dan motosikal .

It is  common thing  as a abang sulung.

Malam ni aku sedar,yang adik adik pun dah besar.Tak boleh dah nak layan sama macam masa mereka kanak kanak dulu.No more bullies ,no more dictating order.

Wahai adik abang,sebesar mana pun adik ,abang tetap abang.Abang yang paling berkuasa dalam rumah kita selepas ayah dan mak.

Walaupun aku tahu korang berdua still rasa jengkel dengan aku,korang kena ingat jahat jahat aku,

bila kau nangis kena pukul dengan mamat,sape yang pergi pukul mamat balik ?

aku.

Bila kau nak kena rotan dengan ayah,sapa yang sembunyikan rotan?

Aku.

Kau main bola,sape yang assist kau?

Aku.

Kau balik lepas maghrib sebab main guli,sapa yang kelentong mak cakap basikal kau putus rantai?

Aku.

Walaupun kasih sayang tu aku tak pernah tunjuk,but deep inside my heart I love both of you so much.

So ,kalau aku balik rumah nanti,kalau aku nak pegang remote tv,kau tak payah nak berkira sangat la ye.

HAPPY BROTHER'S DAY

TO : Afiq and Aiman


Romantik tak abang?